Monday, August 19, 2013

Mari Mengenal Buah-buahan


Buah-buahan merupakan salah satu sumber makanan yang penting kepada kita. Selain lazat, buah-buahan juga membekalkan pelbagai khasiat yang tersendiri. Buah-buahan ialah sumber utama vitamin yang diperlukan oleh badan kerana ia dapat memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan tahan dengan serangan penyakit. Vitamin yang terdapat dalam buah ialah Vitamin A, B, B2 dan juga C.





Klik di sini untuk maklumat selanjut
 



Di Malaysia terdapat kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas di mana iklim yang stabil sepanjang tahun membolehkan penanaman pelbagai jenis buah-buahan dilakukan. Selain itu Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa.   Buah-buahan tempatan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.
 




Klik di sini untuk maklumat lanjut
 
Import bermaksud membeli barang dari negara lain dan ia di bawa masuk ke Malaysia melalui beberapa prosedur. Begitu juga dengan buah import, ianya merujuk kepada buah yang pada asalnya ditanam dari luar negara  dan telah dibawa masuk ke Malaysia. Buah yang biasanya diimport adalah seperti epal, kiwi, strawberi, anggur dan lain-lain lagi.
 




2 comments:

  1. nanti tambah lagi info2 berkenaan buah..isi macam sket je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. terima kasih di atas komen yang diberi.Insya allah kami akan buat penambahan.

      Delete